KEMENTERIAN BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK ​
Mempersembahkan / Presents
Konsep
Concept
Aktiviti SMART
SMART Activities
SMART - Perlaksanaan Konsep aktiviti SMART dan pengisian program telah diperkenalkan buat julung-julung kali dalam penganjuran Hari Belia Sarawak HBS2023 dan akan dirancakkan di HBS2024.
​
The implementation of SMART activity concepts and program content has been introduced for the first time in the organization of Sarawak Youth Day HBS2023 and will be intensified in HBS2024.
SPORTS
Aktiviti yang berbentuk sukan, permainan dan e-sukan yang melibatkan kumpulan peminat sukan yang aktif dan baru.
Sports, games, and e-sports activities involving active and new sports enthusiasts' groups.
MARKET-PLACE
Aktiviti keusahawanan yang memberi ruang perniagaan untuk pengusaha muda tempatan dalam mempromosikan produk-produk tempatan, perkhidmatan dengan mengetengahkan pendekatan “GoGreen”
Entrepreneurship activities providing business opportunities for local young entrepreneurs to promote local products, services, and more, emphasizing a "GoGreen" approach.
ARTS
Aktiviti persembahan kesenian dan kebudayaan yang melibatkan bakat nyanyian, tarian, seni visual, seni halus, kraf & seni mempertahankan diri.
​
Cultural and artistic performance activities involving talents in singing, dancing, visual arts, fine arts, crafts, and martial arts.
RECOGNITION
Acara kemuncak ini bertujuan memberi penghargaan dan peniktirafan ke atas jasa serta pencapaian belia dalam pelbagai bidang di Sarawak. la juga merupakan kemuncak kepada program Hari Belia Sarawak.
​
The pinnacle event aims to honor and recognize the contributions and achievements of youth across various fields in Sarawak. It also serves as the highlight of the Sarawak Youth Day program.
TEAM-BUILDING
Aktiviti Pembangunan diri, sahsiah dan kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan kelab belia, unit beruniform dan NGO. Aktiviti dijalankan dalam bentuk perkhemahan dan latihan dalam kumpulan.
​
Self-development, character-building, and community engagement activities involving youth clubs, uniformed units, and NGOs. These activities are conducted through glamping farmat and group training sessions.
Rakan Perkongsian Pintar
Smart Partnership
Mengalakkan penyertaan bersama syarikat swasta, institusi dan NGO yang bersesuaian dengan melibatkan diri dalam program atau aktiviti HBS.
​
Encouraging collaboration with relevant private companies, institutions, and NGOs to participate in HBS programs or activities.
Keserasian Penjenamaan
Familiarity & Branding
​
This year, HBS undergoes a rebranding with enhanced content and programs that are more vibrant and iconic, catering to the interests of today's youth generation.
Seni
Public Arts
Public Arts dapat menarik perhatian para pengunjung & memberi impak terhadap program ini selain bertindak sebagai bahan promosi jangka panjang.
Public arts can captivate visitors' attention and have a profound impact on this program, while also serving as a long-term promotional asset.
Ekonomi Hijau
Green Economy
Memperkenalkan ekonomi hijau untuk mengimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosial, memastikan generasi akan datang dapat memenuhi keperluan mereka. Pendekatan ini mengurangkan risiko alam sekitar dan memajukan pembangunan lestari di Sarawak.
​
Introducing the green economy to balance economic growth with environmental stewardship and social well-being, ensuring future generations can meet their needs. This approach reduces environmental risks and promotes sustainable development in Sarawak.
Untuk mencapai World Class Youth menjelang tahun 2030, pendekatan 5G dapat mempercepatkan misi yang antaranya memberi tumpuan kepada:
To achieve World Class Youth by 2030, the 5G approach is here to accelerate the mission focused on:
Growth
Mindset
Global
Connection
Glorious
Tradition
Grateful
Society
GoGreen
Awareness
Growth
Mindset
Perkembangan Minda
Individu dengan minda berkembang menganggap cabaran sebagai peluang untuk belajar dan terus maju. Mereka menganggap halangan sebagai unsur sementara dan usaha sebagai jalan menuju kecemerlangan. Teguran dan pandangan dihargai sebagai inspirasi untuk menuju kejayaan. Memupuk perkembangan minda di kalangan belia, membantu meningkatkan daya saing, prestasi, dan minat menimba ilmu sepanjang hayat.
Individuals with a growth mindset embrace challenges as opportunities to learn and grow. They see obstacles as temporary and view effort as a path to mastery. Feedback is valued as a tool for growth, and the success of others is a source of inspiration. Encouraging a growth mindset among youth, fosters resilience, better performance, and a lifelong passion for learning.
Global
Connection
Rangkaian Global
Memahami rangkaian global amat penting dalam dunia yang saling berhubung, kerana ia mempengaruhi ekonomi, politik, budaya, dan teknologi. Rangkaian ini, seperti internet dan media sosial, membolehkan belia dan organisasi berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan bekerjasama di peringkat global. Begitu juga, rangkaian global dapat menghubungkan kementerian, institusi, dan penyelidik untuk bekerjasama dalam projek saintifik dan akademik, berkongsi pengetahuan dan sumber untuk menangani cabaran kompleks yang berkaitan dengan belia.
​
Understanding global networks is essential in today's interconnected world, as they influence economics, politics, culture, and technology. These networks, like the internet and social media, enable youth and organisations to communicate, exchange information, and collaborate globally. Similarly, global networks can connect ministries, institutions, and researchers to work together on scientific and academic projects, sharing knowledge and resources to address complex youth-related challenges.
Glorious
Tradition
Kegemilangan Tradisi
Memelihara kegemilangan tradisi adalah penting untuk mengekalkan kepelbagaian budaya dan warisan, terutama dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Tradisi ini merangkumi seni, agama, upacara, perayaan, dan amalan sosial yang mencerminkan identiti unik sesebuah budaya. Di Sarawak, upacara dan perayaan memperingati sesebuah peristiwa atau sejarah, kepercayaan agama, atau perubahan musim yang dapat memupuk perpaduan komuniti. Seni dan kraf tradisional Sarawak, seperti muzik, tarian, dan seni visual, memaparkan kreativiti budaya. Tradisi ini juga memupuk nilai-nilai murni seperti saling menghormati, semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan.
​
Preserving glorious traditions is essential for maintaining cultural diversity and heritage, especially in the face of globalisation. These traditions include art, religion, rituals, celebrations, and social practices that reflect a culture’s unique identity. In Sarawak, rituals and festivals commemorate historical events, religious beliefs, or seasonal changes, that fostering community spirit. Sarawak’s traditional arts, such as music, dance, and visual arts, highlight the creativity of its culture. These traditions also convey key values like respect, family, and community.
Grateful
Society
Masyarakat Bersyukur
Idea ini menumpukan kepada memupuk rasa kesyukuran dalam kalangan individu dan komuniti, yang dapat membentuk belia yang lebih positif, bersatu, dan berdaya tahan. Pendekatan konsep ini boleh diterapkan di sekolah, tempat kerja, atau komuniti yang lebih luas untuk meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian sosial. Masyarakat kesyukuran bertujuan membina budaya di mana kesyukuran dan penghargaan menjadi nilai teras. Ia boleh melibatkan acara, perbincangan, atau bengkel yang menggalakkan belia untuk refleksi, peringatan diri dan menyatakan kesyukuran; menyumbang kepada komuniti dan membina hubungan berasaskan rasa hormat dan penghargaan.
​
The Gratitude Society idea focuses on promoting gratitude among individuals and communities to foster a more positive, connected, and resilient youth. This concept can be applied in schools, workplaces, or broader communities to enhance well-being and social harmony. A gratitude society emphasizes gratitude and appreciation as core values. It may involve organizing events, discussions, or workshops encouraging youth to reflect on and express gratitude, as well as performing acts of kindness, giving back to the community, and building relationships based on mutual respect and appreciation.
GoGreen
Awareness
Kesedaran Hijau
​
Ia bertujuan mewujudkan masa depan yang lebih mampan dengan mendidik dan memperkasakan generasi muda, komuniti, dan organisasi untuk mengambil langkah proaktif dalam pemeliharaan alam sekitar. Melalui inisiatif, kempen, atau program, ia dapat meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar. Fokus utama adalah melindungi alam sekitar, mengurangkan sisa, memelihara sumber, dan mengurangkan impak kesan daripada aktiviti manusia. Melalui kempen ini, HBS24 dapat mendidik masyarakat tentang kesan pencemaran, penebangan hutan, perubahan iklim, dan pengurangan sumber asli. Kempen ini juga boleh menggalakkan belia mengamalkan tabiat mesra alam seperti mengurangkan penggunaan tenaga, kitar semula, penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui, dan menyokong produk serta perkhidmatan lestari.
​
GoGreen Awareness aims to create a sustainable future by educating and empowering the younger generation, communities, and organizations to take proactive steps toward environmental stewardship. It involves initiatives and campaigns to raise awareness about environmental issues and promote sustainable practices. The focus is on protecting the environment, reducing waste, conserving resources, and minimising the impact of human activities. Through this campaign, will educate communities on the effects of pollution, deforestation, climate change, and resource depletion. Encourage youth to adopt eco-friendly habits, such as reducing energy consumption, recycling, using renewable resources, and supporting sustainable products and services.